RCSSST 2022 Thank You Note

NOTA PENGHARGAAN RCSSST 2022, 6 - 8 SEPTEMBER 2022

1.Tiada kata yang dapat digambarkan selain kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi setelah 31st Regional Conference on Solid State Science and Technology (RCSSST 2022) melabuhkan tirainya pada 8 September 2022 dengan jayanya di Hotel Perdana, Kota Bahru, Kelantan.

2.Selaku Pengerusi yang telah diamanahkan oleh Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi, Universiti Malaysia Kelantan (Rasmi) untuk menjayakan RCSSST 2022, saya mulanya agak berat untuk menerima amanah ini memandangkan seminar ini telah dicadangkan dibuat dalam mod hibrid; fizikal dan secara atas talian. Pastinya cabaran untuk mod hybrid adalah 2 kali ganda berbanding mod tunggal. Namun, dengan kerjasama, usaha dan komitmen yang tidak berbelah bahagi daripada semua pihak, akhirnya misi ini berjaya kami laksanakan.

3.RCSSST 2022 merupakan seminar anjuran bersama FBKT, UMK dan Persatuan Sains & Teknologi Keadaan Pepejal Malaysia (MASS). Semenjak penubuhan MASS pada 1991, ini merupakan julung – julung kali MASS menganjurkan program di Kelantan. Ribuan terima kasih diucapkan buat MASS di atas peluang yang diberikan kepada pihak UMK untuk penganjuran bersama 31st RCSSST 2022.

4.RCSSST 2022 bermula dengan pre-conference workshop secara atas talian pada 6 September 2022 oleh penaja utama Bruker Nanoanalytics dan Novatiq Scientific dengan kehadiran seramai 180 peserta melalui medium Zoom dan FB Live FBKT dan UMK. Seterusnya, seminar rasmi bermula 7 – 8 September 2022 di mana perasmian telah disempurnakan oleh YBhg Naib Canselor UMK, Prof Dr Razli Che Razak. Pihak kami merakamkan ribuan terima kasih buat YBhg Naib Canselor UMK di atas kesudian merasmikan seminar RCSSST 2022 dan bersama – sama dalam sesi sidang media yang telah diaturkan.

5.Majlis makan malam istimewa, “31st RCSSST 2022 Dinner and MASS Awads” turut diadakan bagi meraikan para peserta RCSSST 2022 dan pengiktirafan anugerah bagi ahli – ahli MASS yang cemerlang.

6.Penganjuran RCSSST 2022 turut mendapat tajaan daripada syarikat saintifik ternama iaitu Bruker Nanoanalytics dan Novatiq Scientific dan Agilent Technologies. Sekalung perhargaan dan terima kasih diucapkan di atas penajaan yang sangat bermakna bagi pihak kami.

7.RCSSST 2022 adalah seminar hibrid terbesar yang pernah dianjurkan di Kelantan setakat ini dengan 207 peserta (fizikal dan atas talian). Peserta terdiri daripada Saudi Arabia, Indonesia, Philippines, Finland, Nigeria, Korea Selatan dan seluruh Malaysia. Sekalung penghargaan dan terima kasih buat keynote speaker, Prof Dr Han Sang-Wook (Jeonbuk National University Jeonju), 6 plenary speakers, 11 invited speakers, oral dan poster presenters dan semua peserta samaada secara fizikal dan atas talian.

8.Semua sesi sepanjang RCSSST 2022 berlangsung boleh diakses secara percuma di pautan (https://rcssst.umk.edu.my/) yang merupakan sistem laman sesawang interaktif yang dibangunkan sendiri oleh Dekan FBKT, Prof Madya Dr Muhammad Azwadi Sulaiman dan juga facebook rasmi Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi.

9.Di kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama dan sokongan pihak pengurusan UMK dan pengurusan FBKT dalam menjayakan RCSSST 2022. Semestinya ucapan terima kasih kasih yang terhingga buat seluruh ahli jawatankuasa RCSSST 2022 (https://rcssst.umk.edu.my/.../about-us/organizing-committee) yang telah bertungkus lumus dari awal penganjuran sehinggalah RCSSST 2022 melabuhkan tirainya. Anda tahu siapa anda dan hanya Allah swt yang mampu mengganjari segala jasa dan budi baik kalian.

10.Terima kasih juga kami ucapkan buat Sinar Harian di atas liputan berkaitan RCSSST 2022. Kami sangat berterima kasih dan menghargainya. (https://www.sinarharian.com.my/.../umk-agensi-swasta...)

11.Pihak kami juga menyusun 10 jari memohon kemaafaan atas segala kesilapan dan kekurangan yang berlaku sepanjang RCSSST 2022 pada kali ini.

12.Terlalu banyak pengalaman dan ilmu yang telah saya pelajari sepanjang mengemudi team RCSSST 2022 yang

mantap

ini. Segala kenangan dan memori semestinya akan terus kekal dalam lipatan memori hingga ke akhir hayat.

Akhir kata, jutaan terima kasih sekali lagi buat semua dan jumpa lagi di ICSSST 2023 dan ICONBET 2023.

Ikhlas,

Dr Hakimin Abdullah

Pengerusi RCSSST 2022

Kita #BinaLegasiUMK Bersama

#OfficialUMK #UMKinfo #UMKmedia #EntrepreneurshipUniversity

#KELUARGAUMK

#KELUARGAFBKT

#rcssst2022

#FBKTohsem

#FBKTno1